Ads 468x60px

Labels

Tuesday 1 May 2012

Analogi Mudah Memahami Perbezaan Voltan Dan Arus

 

Secara asasnya, voltan berkadar langsung dengan arus. Apabila nilai voltan meningkat, maka nilai arus pun turut meningkat pada satu-satu nilai rintangan. Ini adalah Hukum Ohm, V=IR.

Saya cuba analogikan voltan dan arus dengan pergerakan air dalam paip.

  • Voltan: tekanan air dalam paip
  • Arus: aliran air dalam paip
  • Rintangan: tahap pembukaan pili air (jika pili air dibuka besar,semakin mudah air keluar dari pili, jika  pili paip dibuka kecil, air agak sukar keluar dari pili)

Contoh:

Apabila kita buka pili air pada tahap maksimum, sekiranya tekanan air tinggi, maka air akan keluar dengan laju, sekiranya tekanan air rendah, maka air yg keluar dari pili adalah perlahan walaupun pili air sudah dibuka maksimum.

Sekiranya tekanan air dalam paip tinggi, tetapi pili air dibuka sedikit sahaja, maka aliran air yang keluar pun perlahan. Jika tekanan air rendah, pili air dibuka sedikit sahaja, lagilah perlahan air yang keluar.

Sama kesnya seperti voltan dan arus, sekiranya voltan tinggi dibekalkan pada rintangan rendah, maka arus akan menjadi tinggi. Jika voltan tinggi dibekalkan pada rintangan tinggi, maka arus akan menjadi rendah.

0 comments:

Post a Comment