Ads 468x60px

Labels

Tuesday 1 May 2012

Pendawaian Elektrik Tiga Fasa Untuk Bangunan

Artikel ini menerangkan tentang pendawaian elektrik tiga fasa untuk bangunan besar bukan domestik seperti hospital, bangunan bertingkat, kilang dan sebagainya.

Contoh pendawaiannya ditunjukkan pada gambar di sebelah ini (Maaf lukisan kurang cantik, tiada masa untuk lukis guna komputer. Harap boleh faham. Klik pada gambar untuk besarkan, klik siniuntuk muaturun gambar ini dalam format PDF).

Secara asasnya, sistem pendawaian elektrik tiga fasa untuk bangunan bermula dari pencawang elektrik dan papan suis utama (atau MSB - main switch board). Daripada MSB, bekalan elektrik akan diagihkan ke bangunan-bangunan atau tingkat bangunan yang lain. Kadang-kala pencawang elektrik tidak diperlukan sekiranya saiz bangunan tidak begitu besar.

Secara terperinci, pendawaian elektrik tiga fasa bermula dari bekalan 11kV dari TNB, masuk ke High Tension (HT) Tranformer untuk diturunkan kepada 415V. Bekalan elektrik 415V disambungkan pada VCB (Vacuum Circuit Breaker) yang kemudiannya ke sambung pada MSB. Daripada MSB, bekalan elektrik akan diagihkan ke setiap aras atau bangunan melalui ACB (Air Circuit Breaker). Daripada ACB, bekalan elektrik kemudian diagihkan ke pengguna melalui MCCB (Moulded Case Circuit Breaker), RCCB (Residual Current Circuit Breaker) dan MCB (Miniature Circuit Breaker).

Bekalan elektrik setiap aras atau bangunan mungkin akan diagihkan lebih dari 1 ACB. Litar selepas ACB juga mungkin boleh mengandungi beberapa MCCB, bagitu juga dengan litar selepas MCCB yang mungkin terdiri daripada beberapa RCCB. Semua itu bergantung kepada kebijaksaan jurutera yang merekabentuk pendawaian tersebut berdasarkan kepada beban dan kos.

VCB, ACB, MCCB biasanya dilengkapi peranti yang dikenali sebagai Protection Relay (PR). Alat ini berfungsi  untuk mengesan sebarang kebocoran arus ke bumi dan seterusnya memberi isyarat kepada VCB/ACB/MCCB untuk memutuskan bekalan elektrik. PR ini perlu ditentukur (calibrate)sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.

Untuk kegunaan pihak bomba semasa kebakaran, MCCB akan disambungkan pada satu peranti iaitu suis bomba (Fireman Switch). Suis ini membolehkan pihak bomba memutuskan bekalan elektrik ke sesuatu tempat. Suis ini biasanya dipasang pada pintu masuk pejabat atau di tangga kecemasan.

0 comments:

Post a Comment